Matlamat Penubuhan U-Shop

Penubuhan U-Shop adalah untuk menyediakan platform kepada para usahawan bagi memasarkan produk mereka. Kebanyakan usahawan bumiputera mempunyai produk dengan jenama mereka sendiri tetapi masalah utama yang dihadapi ialah saluran untuk memasarkan produk sedia ada. Oleh itu, dengan tertubuhnya pusat jualan runcit iaitu U-Shop, maka wujudlah alternatif bagi usahawan bumiputera untuk memasarkan produk dan seterusnya mengembangkan lagi perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.

Selain itu, ingin menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menyokong barangan bumiputera. Kesedaran ini boleh dipupuk melalui sistem perniagaan yang berkesan iaitu dengan wujudnya saluran pengiklanan dan pemasaran yang luar biasa. Pelbagai strategi telah dirangka bagi menarik masyarakat untuk membeli di U-Shop sekaligus akan memberikan impak yang positif terhadap galakan untuk menyokong produk bumiputera.

Projek “Satu usahawan satu produk” akan diwujudkan dengan tertubuhnya yang dianggarkan melibatkan seramai 4000 usahawan U-Shop. Galakan dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang aktif dalam perniagaan perlu ada bagi memastikan peningkatan dalam ekonomi negara. Dengan wujudnya platform perniagaan seperti U-Shop, hal ini mampu mengubah ekonomi seseorang setelah sistem ini berjaya menghasilkan usahawan yang cemerlang dalam perniagaan peruncitan yang diceburi. U-Shop akan menjadi platform asas dan terpenting dalam mewujudkan komuniti usahawan yang berjaya.

Seterusnya adalah untuk menyatupadukan para usahawan bumiputera di bawah satu bumbung. Kami ingin memupuk semangat saling membantu, hindari daripada bersikap dengki sesama sendiri dan menerapkan daya saing yang positif ketika berada di dalam dunia perniagaan.

U-Shop juga telah mensasarkan untuk menubuhkan 300 outlet dalam jangka masa 5 hingga 10 tahun. Hal ini bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada kaum bumiputera untuk bekerja di U-Shop. Mewujudkan perniagaan yang berdaya maju setanding dengan antarabangsa merupakan salah satu matlamat penubuhan U-Shop. Kami mengimplementasi sistem perniagaan yang terkini dan canggih bagi memudahkan urusan jual beli di U-Shop.

Akhir sekali, matlamat penubuhan U-Shop adalah untuk menyumbang kepada pembangunan kebajikan komuniti. Ini adalah kerana, pada setiap bulan, kami akan mengadakan program-program kebajikan bagi menghulur bantuan kepada kaum yang lebih memerlukan. Kami akan memberi bantuan dalam bentuk barangan keperluan asas harian yang terdapat di U-Shop kepada kaum yang susah seperti asnaf, ibu tunggal, anak yatim dan lain-lain.


Aktiviti U-Shop