U-shop
Matlamat, Fungsi & Aktiviti
Aktiviti utama yang dijalankan oleh KO-UMMAH adalah pengguna. Tujuan utama aktiviti pengguna ini dItubuhkan adalah untuk membantu anggota-anggotanya untuk mendapatkan barangan keperluan harian yang berkualiti pada harga yang berpatutan. Melalui aktiviti ini juga, KO-UMMAH dapat membantu meningkatkan ekonomi kehidupan anggota-anggotanya dengan mewujudkan satu tapak perniagaan untuk memasarkan produk-produk anggota dan bumiputera melalui Ummah Shop (U-Shop).
Pengenalan Ummah Shop (U-SHOP)

Ummah Shop atau lebih dikenali sebagai U-Shop merupakan kedai serbaneka koperasi. U-Shop juga adalah sebuah perniagaan yang berkonsepkan kedai runcit komuniti dan merupakan “one stop center” kepada orang ramai sebagai kemudahan untuk menjalankan kegiatan harian. Antara kategori produk yang dipasarkan di U-Shop adalah barangan keperluan asas harian dan barangan penjagaan diri & kesihatan untuk semua golongan lapisan masyarakat.
Selain itu, U-Shop juga menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk kemudahan orang ramai seperti sistem pembelian tiket, tambah nilai telefon mudah alih, pembayaran pelbagai bil utiliti dan penambahan modal syer untuk anggota koperasi. Perniagaan U-Shop dimiliki sepenuhnya oleh kaum Bumiputera.
U-Shop yang digerakkan oleh sebuah badan Koperasi yang juga telah diberi kepercayaan oleh pihak Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) untuk menjadi anchor peruncitan bagi negeri Kelantan. Ini bermakna U-Shop adalah kedai komuniti, iaitu sebuah kedai serbaneka yang menjalankan perniagaan untuk komuniti yang bertujuan membantu menggerakkan dan membangun ekonomi serta kebajikan anggotanya khususnya dan masyarakat umumnya.
Pihak kami juga telah menyasarkan untuk membuka jumlah outlet U-Shop sebanyak 300 outlet akan di wujudkan di setiap negeri. Sehingga kini, U-Shop juga telah beroperasi di 4 buat outlet iaitu di Gua Musang, Kubang Kerian, Pasir Tumboh dan di Langgar, Kota Bharu.
Lokasi U-Shop Outlet
GUA MUSANG
OUTLET GUA MUSANG
PT 12433, Kedai 3 Tingkat, Taman Kesedar Putra 2, 18300 Gua Musang, Kelantan
KUBANG KERIAN
OUTLET KUBANG KERIAN
PT 1673-TB, Jalan Perempuan Zainab II, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.
PASIR TUMBOH
OUTLET PASIR TUMBOH
Pt2813-D/2813-E Tingkat Bawah Wisma Imam Kelantan, Pasir Tumboh, 16150 Kota Bharu, Kelantan.
LANGGAR KOTA BHARU
OUTLET LANGGAR
Aras Bawah, Lot 421, Seksyen 21, Wisma Ummah, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200, Kota Bharu, Kelantan.