Mendapat dividen tahunan melalui semua aktiviti yang dijalankan.
Khairat kematian adalah maksimum sehingga RM10,000.00 (mengikut terma dan syarat serta kelulusan ALK Koperasi).
Platform perkembangan perniagaan disediakan kepada anggota koperasi.
Mempunyai keistimewaan dalam pembelian semua produk koperasi.
Menikmati ansuran pembelian produk koperasi sehingga RM 30,000.00 (mengikut terma dan syarat)
Berpeluang membina kerjaya bersama koperasi.
Menambah pendapatan sampingan melalui peluang perniagaan dalam komuniti.
Syarat Kelayakan Menjadi Anggota
Warganegara Malaysia.
Telah mencapai umur 18 tahun ke atas.
Bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah di dalam kawasan operasi Koperasi ini.
Bukan seorang yang bankrup yang belum dilepaskan.
Tidak hilang upaya dari segi mental.
Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa sesuatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar.
Bukan seorang yang telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan tersebut.
Bayaran Yang Perlu Disertakan
Bayaran fi pendaftaran sebanyak RM30.00.
Bayaran modal syer minima sebanyak RM200.00.
Bayaran tambahan modal syer sebanyak RM300.00.
Daftar sekarang untuk menikmati MANFAAT & KEISTIMEWAAN sebagai anggota KO-UMMAH.