Siapa Kami

Koperasi Pembangunan Ummah Kelantan Berhad (KO-UMMAH) dimiliki sepenuhnya oleh kaum bumiputera dan ditubuhkan bagi meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Kecil Koperasi. Secara keseluruhannya KO-UMMAH merupakan sebuah koperasi asas yang telah didaftarkan pada 28 FEBRUARI 2014. Pendaftaran KO-UMMAH telah disahkan oleh Datuk Nik Ali Bin Mat Yunus (Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia) dengan nombor pendaftaran D-4-0673.

Nama pendaftaran asal KOPERASI PEMBANGUNAN UMMAH KELANTAN BERHAD adalah berdaftar sebagai KOPERASI HARTANAH ANAK KELANTAN BERHAD dimana fungsi penubuhan utama ialah tertumpu kepada hartanah dan perumahan. Namun begitu setelah meneliti semula fungsi selepas beroperasi, kami telah sepakat untuk menukarkan nama KO-UMMAH dengan nama baru iaitu KOPERASI PEMBANGUNAN UMMAH KELANTAN BERHAD. Pada masa yang sama berlaku juga perubahan pada fungsi koperasi selaras dengan fokus perancangan koperasi pada masa kini iaitu KEPENGGUNAAN.

Beriltizam menjadikan koperasi sebagai peneraju ekonomi negara melalui pelbagai sektor perniagaan yang dijalankan secara bersatu dengan mengutamakan kebajikan anggota koperasi.

“Ekonomi Mampan, Ummah Gemilang”

Menyediakan dan mengurustadbir platform perniagaan serta pasaran yang strategik dan inovatif bagi tujuan meningkatkan ekonomi anggota khususnya dan masyarakat umumnya.

  • Berusaha untuk mengumpulkan semua usahawan di dalam sesebuah komuniti bersatu.
  • Memastikan aktiviti perniagaan dijalankan dengan telus, cemerlang serta menepati segala Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  • Berusaha untuk membuka 300 outlet U-Shop disetiap negeri seluruh Malaysia.
  • Meningkatkan tanggungjawab sosial menerusi keuntungan yang diperolehi.
  • Berusaha untuk mengembangkan perniagaan seiring dengan kemajuan teknologi dan internet.
  • Membuka sebanyak mungkin peluang kerjaya kepada masyarakat.

Sijil Pendaftaran Koperasi


Mesyuarat Agong KO-UMMAH

5 Januari 2014

Permulaan Mesyuarat Agong KO-UMMAH

29 Januari 2016

Mesyuarat Agong KO-UMMAH kali pertama

23 Februari 2017

Mesyuarat Agong KO-UMMAH kali kedua

20 Januari 2018

Mesyuarat Agong KO-UMMAH kali ketiga

5 Januari 2019

Mesyuarat Agong KO-UMMAH kali keempat