Badan Kebajikan
Ummah Care Organization
KO-UMMAH telah melantik satu badan kebajikan iaitu Ummah Care Organization (UCO) yang bertanggungjawab sosial kepada anggota yang mengalami kemalangan, kemiskinan, khairat kematian serta melakukan khidmat masyarakat.
Pengenalan Ummah Care Organization (UCO)

Pertubuhan Cakna Ummah Kelantan atau lebih dikenali sebagai ‘Ummah Care Organization (UCO)’ merupakan salah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah ditubuhkan pada tarikh 16 Februari 2017 di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 bernombor pendaftaran PPM001-03-16022017. Matlamat utama UCO ditubuhkan adalah menjaga kebajikan masyarakat di Negara Malaysia khususnya di Kelantan.
Antara golongan yang menjadi sasaran utama UCO untuk dibantu adalah seperti golongan asnaf, armalah (ibu tunggal), perkim (mualaf) fakir miskin, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas yang kurang mampu. Terdapat banyak cara dan cabang UCO akan lakukan dalam membantu golongan ini samada dalam keperluan asas, sektor pekerjaan, pendidikan, ilmu agama dan juga cara bagaimana golongan ini dapat menaikkan taraf hidup mereka.
Sebagai contoh, UCO sendiri membuka peluang kepada anak - anak golongan asnaf yang berkelayakan dan mampu untuk bekerja. Peluang pekerjaan yang ada dalam pelbagai bidang dapat membuka ruang bagi mereka untuk membantu menaikkan taraf hidup diri dan juga keluarga. Terdapat pelbagai program yang dilaksanakan bagi mencari dana sama ada program bersama badan - badan korporat, badan bukan kerajaan, syarikat -syarikat swasta, belia - belia kampung dan juga ahli ahli politik.
Menjadi sebuah pertubuhan dakwah yang berperanan menghulurkan pertolongan dan membantu membangunkan sosio ekonomi asnaf.