Sejarah Penubuhan
Penubuhan Koperasi
Ahli Lembaga Koperasi mempunyai dedikasi dan semangat yang tinggi dalam mentadbir urus koperasi ini dalam usaha menjadikan KO-UMMAH sebagai salah sebuah koperasi yang paling berdaya saing di Malaysia pada masa akan datang dengan bantuan dan sokongan daripada kakitangan-kakitangan koperasi yang berpengalaman bagi memenuhi kehendak para anggota serta pelanggan koperasi.
KO-UMMAH merupakan sebuah koperasi asas yang telah didaftarkan pada 28 Februari 2014. Pendaftaran KO-UMMAH telah disahkan oleh Datuk Nik Ali Bin Mat Yunus (Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia) dengan nombor pendaftaran D-4-0673. Mesyuarat Agung Permulaan telah diadakan pada 5 Januari 2014 yang bertempat di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian Kelantan. Fungsi utama penubuhan koperasi ini adalah pengguna. Keaggotaan KO-UMMAH terbuka kepada semua penduduk negeri Kelantan kecuali Jajahan Kecil Lojing.
Maklumat Koperasi
Nama Koperasi
Koperasi Pembangunan Ummah Kelantan Berhad
Alamat Koperasi
Wisma Ummah, Lot 421, Seksyen 21 Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu, Kelantan
No Telefon & Faks
011-10878097 / 09-748 8780
E-mel
koummahkelantan@gmail.com
Website
www.koummah.com
Tarikh Daftar
28 Februari 2014
No Pendaftar
D-4-0673
Fungsi Utama
Pengguna