Kedai Panel Koperasi (Utama)
Pengenalan Kedai Panel
Pada Mesyuarat Agung Tahunan Kedua, 23 Februari 2017 yang lepas, satu aturan yang dinamakan Aturan Kedai Panel telah dibentangkan, dibincangkan, dan diluluskan untuk dijadikan sebagai salah satu aktiviti koperasi.
Merujuk kepada Aturan 6 ini, kedai panel bermaksud kedai atau syarikat atau koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang memberikan perkhidmatan kepada anggota Koperasi dengan memberikan diskaun istimewa dalam setiap pembelian. Dengan kata lain, kedai panel yang berdaftar dengan koperasi akan dilantik sebagai rakan niaga koperasi mengikut persetujuan hasil daripada perbincangan dan tapisan oleh Lembaga.